Dah lama tak update blog ni. Cik Saa baru saja balik dari Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 11-12 Mei 2013. Alhamdulillah Cik Saa selamat sampai ke Kemaman sekarang ini. Ini merupakan kali kedua Cik Saa terpilih ke seminar tersebut.
Pada tahun ini, ada sedikit kelainan berbanding tahun lepas kerana tahun ini ada di selitkan dengan bengkel pada waktu petang. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memudahkan peserta berkongsi maklumat dengan moderator yang mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Terdapat 8 slot bengkel disediakan.

Dalam bengkel tersebut, beliau mengajar beberapa teknik bercerita antaranya dengan menggunakan sehelai kertas, seutas tali dan sehelai sapu tangan. Sangat menarik dan Cik Saa belum pernah lagi melihat teknik bercerita sebegini.
Alhamdulillah, Cik Saa juga berjaya mendapatkan buku teknik bercerita Mama Tok siri 1 dan 2. Bukan mudah nak dapatkan buku sebegitu kerana buku tersebut tidak ada di kedai buku. Edisi terhad katanya.. Cik Saa harap dengan adanya buku tersebut boleh dijadikan panduan dan bahan rujukan kepada Cik Saa untuk Bengkel Bermain bersama Kanak-Kanak Nanti. Insyaallah...
No comments:
Post a Comment