Aktiviti bermain sangat penting kepada kanak-kanak. Penting bagi pertumbuhan dan perkembangan mereka. Para saintis bersepakat, kanak-kanak harus bermain agar mereka dapat mencapai perkembangan yang optimum. Tanpa bermain, seseorang kanak-kanak itu akan bermasalah di kemudian hari. Herbert Spencer (Catron & Allen, 1999) menyatakan bahawa anak bermain kerana mereka mempunya lebih tenaga. Tenaga ini mendorong mereka untuk melakukan aktiviti sehingga mereka bebas daripada tekanan perasaan.
Sementara menurut Moritz Lazarus, kanak-kanak berman kerana mereka memerlukan penyegaran kembali atau mengembalikan tenaga yang habis digunakan untuk kegiatan rutin sehari-hari. Lebih lanjut menurut Karl Groos, anak bermain kerana kanak-kanak perlu belajar memberi respon dan belajar memahami peranan tertentu dalam kehidupan. Contohnya peranan seorang doktor, tentera dan tukang masak. Kanak-kanak bermain juga kerana mereka perlu melepaskan desakan emosi secara tepat (Freud, 1958 dalam Isenberg & Jalongo, 1993)
Kanak-kanak dapat mengembangkan rasa harga diri melalui bermain kerana dengan bermain kanak-kanak itu memperoleh kemampuan untuk menguasai tubuh mereka, benda-benda dan keterampilan sosial (Erikson, 1963). Mereka bermain sambil berinteraksi menggunakan kaedah belajar dengan mengaplikasikan pengetahuan. Bermain merupakan cara dan jalan seseorang kanak-kanak itu berfikir dan menyelesaikan masalah. Mereka memerlukan pengalaman langsung dalam interaksi sosial agar mereka memperoleh nilai-nilai dalam kehidupan sosial

No comments:
Post a Comment