![]() |
Wajah An Nur ketika lahir |
Marsya An Nur binti Mohd Isham Mudin nama diberi. Marsya bermaksud subur, kehijauan dan An Nur itu cahaya. Berat An Nur ketika lahir 3.3 kg. Sihat dan comel. Saling tak tumpah macam muka abahnya. Melahirkan An Nur langsung tiada masalah. Semalaman sahaja bermalam di wad. Doktor dan nurse turut memberikan layanan yang baik. Itulah pengalaman pertama Cik Saa berada di dalam wad. Tengahari keesokannnya terus boleh bawa An Nur pulang. Sepanjang berpantang mak lah yang menjaga Cik Saa dan An Nur. Terima kasih mak. Cik Saa sayang mak.
Bersalin anak pertama masih banyak benda atau perkara yang belum diketahui termasuk pantang larang sepanjang tempoh berpantang. Apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan. Apa pun semuanya berjalan dengan baik berkat jagaan mak tersayang. Inshaallah... kini An Nur dah masuk 2 bulan lebih. Sekejap je rasa masa berlalu.. Ibu harap dan berdoa agar An Nur membesar dengan baik, sihat dan sentiasa ceria.
![]() |
An Nur 2 bulan |
No comments:
Post a Comment