Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 |
Cik Saa bersama dengan adik dan adik
ipar di pagi raya |
Tahun ini merupakan tahun kedua Cik Saa menyambut Hari Raya Aidiladha bersama suami tercinta dan tahun ini lebih meriah dengan kehadiran si kecil yang bernama Marsya An Nur. Macam biasa setiap pagi raya sama ada Hari Raya Puasa atau Korban perkara yang wajib kami adik beradik adalah berkumpul di rumah mak sebelum memulakan perancangan masing-masing. Kami dikira bertuah kerana masing-masing tinggal di dalam satu daerah dan sentiasa dapat berjumpa, berkumpul dan berkunjung ke rumah mak setiap masa. Jadi tidaklah mak merasa kesunyian. Apatah lagi sekarang ni cucu mak semakin bertambah. hehe
Day 1- Akikah Marsya An Nur
 |
Lembu akikah An Nur dan gulai daging yang telah
di masak oleh mak untuk di bahagikan |
Hari Raya Korban yang pertama kami adakan ibadah Akikah untuk An Nur. Cik Saa dan An Nur tak pergi cuma wakilkan abahnya sahaja ke sana. Kebetulan setiap tahun syarikat abah An Nur bekerja sentiasa melaksanakan ibadah korban dan akikah untuk pekerjanya. Jadi tahun ini giliran An Nur pulak. Tahun lepas bahagian Cik Saa. Inshaallah tahun depan kita buat ibadah korban untuk An Nur pulak. So tahun ni disebabkan oleh kekangan masa jadi Cik Saa dan suami tak la buat majlis cukur rambut dan sebagainya. Cuma daging akikah An Nur dimasak dan dibahagikan sahaja kepada penduduk kampung. Alhamdulillah, berkat kerjasama semua ahli keluarga dan adik beradik aktiviti memasak nasi dan lauk pauk semua berjalan dengan baik.
 |
Beraya bersama An Nur |
Day 2 - Ibadah korban Mak, Cik Saa dan akikah adik iparku Ida
 |
Ibadah korban dan akikah di
Hari Raya Aidiladha yang kedua |
Hari raya korban yang kedua, Cik Saa dan mak melaksanakan ibadah korban manakala Ida pula laksanakan akikah untuk dirinya. Alhamdulillah, ibadah korban dan akikah berjalan dengan lancar pada sebelah pagi. Sebanyak 7 ekor lembu dikorbankan pada hari itu di kampung halamanku Kg. Dusun Nyior. Sangat meriah saban tahun. Adik beradik yang lain turut hadir membantu menyiang daging dan mengagihkan kepada penduduk kampung. Terima kasih semua. Apapun syukur di atas kurniaan rezeki yang telah diberikan olehNYA. Inshaallah kalau ada rezeki dan panjang umur, tahun depan kita laksanakan ibadah korban lagi.
No comments:
Post a Comment