Saturday, 12 April 2014

JODOH PERTEMUAN DAN DOA

Alhamdulillah... kini sudah 7 bulan kami bahagia melayari kehidupan berumah tangga. Kehidupan dirasakan lebih indah dan tenang apatah Cik Saa kini sedang hamil 6 bulan.  Betul, jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Oleh itu berdoalah untuk mendapat jodoh yang lebih baik.

Jodoh adalah kehidupan dua insan yang saling mengasihi demi membina kehidupan yang diredhai. Ia juga menjadi benteng utuh untuk membina kekuatan masyarakat ummah muslim.

Menumpahkan kasih serta menyempurnakan keperluan sebagai insan dengan hidup berpasangan adalah medan yang menjadi fitrah insan. Hajat untuk berkongsi kasih serta memenuhi kehendak biologi merupakan kejadian yang diciptakan ALLAH sebagai tanda bagi mereka yang berfikir. 

Ibnu Al-Qayyim menjelaskan bahawa ALLAH menjadikan wanita sebagai sumber ketenteraman seorang lelaki. Hatinya cenderung berasa tenang ketika bersama, di mana ia diikat dengan rasa kasih sayang. 

Sabda Rasulullah S.A.W :

' Tidak pernah ditemukan sesuatu yang lebih indah pada dua orang yang saling mencintai melainkan daripada bernikah'

Ku bersyukur kerana dianugerahkan seorang suami yang memahami, penyanyang dan bertanggungjawab. Membawa ku kejalan ALLAH. Kepada Encik Hubby, terima kasih kerana menerima diri ini seadanya... Kau dihatiku selamanya...

No comments:

Post a Comment