AKU DAN TASKA? Urmmmm.... aku tahu, ramai diantara kita yang sukakan kanak-kanak. Aku juga begitu.
Aku mula mengenali apa itu taska apabila terbaca satu iklan jawatan kosong guru taska di sebuah jabatan kerajaan. Ketika itu, aku baru sahaja menamatkan pengajianku di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Komunikasi. Aku tidak pernah mempunyai pengalaman kerja. Hal ini membuatkan aku takut untuk mencuba dan dalam masa yang sama juga aku tidak mahu menjadi seorang penganggur terhormat di dalam rumahku sendiri.
Bila difikir-fikir, tidak salah sekiranya aku mencuba.. Rezeki di tangan Tuhan. Kalau kita tidak berusaha, ia tidak akan datang bergolek. Alhamdulillah, setelah menghantar resume, aku dipanggil untuk ditemuduga. Itulah pengalaman pertama aku ditemuduga. Debarannya ketika itu, tuhan saja yang tahu.
Selepas sebulan temuduga, aku akhirnya di panggil untuk bekerja. Walaupun gajinya tidak la selumayan pekerjaan yang lain namun aku bersyukur. Semakin hari, aku suka dan gembira dengan pekerjaan aku itu, penat dan lelah terasa hilang bila tengok kanak-kanak di hadapan mata apatah lagi dipeluk cium oleh mereka.
Kini, sudah 7 tahun aku bertugas di Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak. Walaupun pada awalnya aku hanyalah seorang guru taska, tapi kini aku bersyukur kerana aku telah dianugerahkan oleh ALLAH rezeki yang lebih baik.
Jadi, nasihat saya kepada adik-adik, usahlah terlalu memilih kerja. Rezeki ALLAH itu sangat luas. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...
No comments:
Post a Comment