Tuesday, 19 March 2013

Hikmah


Gambar ni diambil pada bulan Mei 2012
dalam satu program anjuran jabatan
Semasa saya tengah memandu pergi ke Lembaga Tabung Haji, saya sempat mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang pakar motivasi terkenal tanah air iaitu Yg. Bhg Dato Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah dalam sebuah radio hits untuk pendengar di pantai timur. Apa yang menarik perhatian saya, katanya apa yang berlaku, telah berlaku dan akan berlaku ada hikmahnya. Allah itu maha besar, berkuasa dan maha mengetahui. Biarlah orang nak mengata kita, mengeji dan mengutuk kita. Orang yang sebegini tanpa mereka sedar telah memberikan pahala kepada kita. Apabila pahala mereka sudah habis, mereka akan menanggung pula dosa orang yang di katanya... menarik bukan? Buka minda, buka hati, kenali diri..

1 comment:

  1. Segala yang berlaku, dengan izinNya.. Hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang tersirat di sebalik sesuatu kejadian itu. (^^,)

    Chill up and smile always. LHS

    ReplyDelete