Friday, 17 October 2014

An Nur & Toy Lamaze

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bila sebut sahaja toys atau barangan berjenama Lamaze bukanlah sesuatu yang murah harganya. An Nur beruntung kerana telah menerima hadiah toy daripada kawan abahnya. Aritu first time Cik Saa berikan toy caterpillar kepada An Nur walaupun Cik Saa tahu An Nur masih belum dapat bermain dengan toy tersebut. Almaklumlah An Nur baru saja memasuki 2 bulan.



Tetapi melihat gelagat An Nur memeluk caterpillar tu membuatkan Cik Saa berasa seronok. Sempat juga Cik Saa mengambil beberapa keping gambar untuk dibuat kenangan.

Senyum tengok harganya

Thursday, 16 October 2014

Sambutan Hari Raya Aidiladha, Ibadah Korban & Akikah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Cik Saa bersama dengan adik dan adik
 ipar di pagi raya
Tahun ini merupakan tahun kedua Cik Saa menyambut Hari Raya Aidiladha bersama suami tercinta dan tahun ini lebih meriah dengan kehadiran si kecil yang bernama Marsya An Nur.  Macam biasa setiap pagi raya sama ada Hari Raya Puasa atau Korban perkara yang wajib kami adik beradik adalah berkumpul di rumah mak sebelum memulakan perancangan masing-masing. Kami dikira bertuah kerana masing-masing tinggal di dalam satu daerah dan sentiasa dapat berjumpa, berkumpul dan berkunjung ke rumah mak setiap masa. Jadi tidaklah mak merasa kesunyian. Apatah lagi sekarang ni cucu mak semakin bertambah. hehe

Day 1- Akikah Marsya An Nur

Lembu akikah An Nur dan gulai  daging yang telah
 di masak oleh mak untuk di bahagikan
Hari Raya Korban yang pertama kami adakan ibadah Akikah untuk An Nur. Cik Saa dan An Nur tak pergi cuma wakilkan abahnya sahaja ke sana. Kebetulan setiap tahun syarikat abah An Nur bekerja sentiasa melaksanakan ibadah korban dan akikah untuk pekerjanya. Jadi tahun ini giliran An Nur pulak. Tahun lepas bahagian Cik Saa. Inshaallah tahun depan kita buat ibadah korban untuk An Nur pulak. So tahun ni disebabkan oleh kekangan masa jadi Cik Saa dan suami tak la buat majlis cukur rambut dan sebagainya. Cuma daging akikah An Nur dimasak dan dibahagikan sahaja kepada penduduk kampung. Alhamdulillah, berkat kerjasama semua ahli keluarga dan adik beradik aktiviti memasak nasi dan lauk pauk semua berjalan dengan baik.

Beraya bersama An Nur
Day 2 - Ibadah korban Mak, Cik Saa dan akikah adik iparku Ida

Ibadah korban dan akikah di
Hari Raya Aidiladha yang kedua
Hari raya korban yang kedua, Cik Saa dan mak melaksanakan ibadah korban manakala Ida  pula laksanakan akikah untuk dirinya. Alhamdulillah, ibadah korban dan akikah berjalan dengan lancar pada sebelah pagi. Sebanyak 7 ekor lembu dikorbankan pada hari itu di kampung halamanku Kg. Dusun Nyior. Sangat meriah saban tahun. Adik beradik yang lain turut hadir membantu menyiang daging dan mengagihkan kepada penduduk kampung. Terima kasih semua. Apapun syukur di atas kurniaan rezeki yang telah diberikan olehNYA. Inshaallah kalau ada rezeki dan panjang umur, tahun depan kita laksanakan ibadah korban lagi.


Marsya An Nur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wajah An Nur ketika lahir 
Apa khabar semua? Harap sihat lah hendaknya. Rupanya dah lama Cik Saa tak update blog. Busy bebenor. Syukur alhamdulillah, Cik Saa dah selamat melahirkan cahaya mata pertama Cik Saa pada hari Ahad, 10 Ogos 2014 bersamaan 14 syawal. Betul2 ikut tarikh due dia. Jam 8.53 malam di Hospital Besar Kemaman. Semuanya dalam keadaan baik dan en. suami sentiasa berada disisi memberi kata-kata semangat ketika di dalam kesakitan. Terima kasih Sayang.

Marsya An Nur binti Mohd Isham Mudin nama diberi. Marsya bermaksud subur, kehijauan dan An Nur itu cahaya. Berat An Nur ketika lahir 3.3 kg. Sihat dan comel. Saling tak tumpah macam muka abahnya. Melahirkan An Nur langsung tiada masalah. Semalaman sahaja bermalam di wad. Doktor dan nurse turut memberikan layanan yang baik. Itulah pengalaman pertama Cik Saa berada di dalam wad. Tengahari keesokannnya terus boleh bawa An Nur pulang. Sepanjang berpantang mak lah yang menjaga Cik Saa dan An Nur. Terima kasih mak. Cik Saa sayang mak.

Bersalin anak pertama masih banyak benda atau perkara yang belum diketahui termasuk pantang larang sepanjang tempoh berpantang. Apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan. Apa pun semuanya berjalan dengan baik berkat jagaan mak tersayang. Inshaallah... kini An Nur dah masuk 2 bulan lebih. Sekejap je rasa masa berlalu.. Ibu harap dan berdoa agar An Nur membesar dengan baik, sihat dan sentiasa ceria.

An Nur 2 bulan



Monday, 2 June 2014

TERUJA


SALAM.... apa kabo semua? Sihat? Mudah-mudahan sihat la semua hendaknya....

Wah... arini isnin cuaca agak mendung tetapi tetap terasa bahangnya.. Apatah lagi bagi ibu yang mengandung ni... so arini just nak share cerita pasal scan baby . Yelah pengalaman pertama mengandung kan.

Pada 25 haribulan Mei yang lepas kne gi check up  kt klinik. Macam biasalah, asalnya kne minum air gula buat kali ke 2, pastu kne jumpa doktor untuk repeat scan sbb masa dua bulan aritu bleeding. Ingatkan after minum air gula boleh terus jumpa doktor tetapi kne ikut proses macam biasa. So memandangkan 2 jam plak kne ambik darah selepas minum air gula tu, ok fine lah.. tak payah balik umah. boleh terus tunggu kt klinik ajer.

Selepas nurse check semua, apa yg mendebarkan dia kata kedudukan baby x cantik. macam songsang jew.. haaa.. Masa tu Cik Saa dah mula berdebar. Dua org nurse skali datang check perut. kebimbangan semakin terserlah.. Dalam masa yang sama aritu juga kne suntikan yang kedua. selepas setengah jam tunggu akhirnya dapat jumpa doktor. masa scan doktor tak kata apa-apa. dia diam aje. Cik Saa ni bingung. ok ke tidak keadaan baby ni. x pe lah. lepas ambik darah kita pergi klinik swasta.

Masa ambik darah tu rasanya sakit sangat sbb tak jumpa urat. biru dah dua2 lengan ni haa.. Pastu tangan kiri lak kne injection kat bahu.. sakit dua-dua belah lengan.  Injection yang pertama aritu tak la rasa sakit pun tapi injection yang kedua ni sakitnya rasa lain macam lak. kebas satu lengan. Lepas je selesai, Cik Saa terus gi klinik swasta. bukan niat apa, just nak tau keadaan baby jew. betullah, layanan doktor klinik swasta lebih baik dari klinik kerajaan. walaupun kadar rawatan yg dikenakan tidak lah mencecah ratusan ringgit tetapi layanan doktor tu lebih baik dan explain more about keadaan baby dalam kandungan. Doktor kata tiada apa yang perlu dibimbangkan. semuanya berada dalam keadaan baik. fuhh...Syukur Alhamdulillah, lega rasanya..

Bukan niat Cik Saa nak perlekehkan doktor di klinik kerajaan,  Cik Saa tetap hargai dan ucapkan bebanyak terima kasih kepada doktor tersebut. tetapi Cik Saa suka dengan layanan nurse-nurse kat situ. semua baik-baik dan mesra gitu. By the way thank you alls...

Apapun arini dah masuk 31 weeks.. hope tak ada apa-apa masalah la.. Semoga Allah permudahkan segalanya.. AMIN..

Sunday, 13 April 2014

Tudung Bawal Aidijuma

        Salam... wah.. bila sebut jew pasal tudung bawal Aidijuma ni buat semua peminat tudung ni teruja. Cik Saa juga salah sorang peminat tudung bawal AJ ni. Biasa Cik Saa beli kat booth AJ di Mega Mall Kuantan saje. Harganya pun tak la mahal sangat. Mampu beli la berbanding tudung jenama Ariani, Fareeda dan macam-macam brand la sekarang ni yang berada di pasaran. 


 


Kebiasaannya Cik Saa ni selalu gak survey-survey tudung AJ ni kt internet. Biasa dalam FB dan blog-blog yang menjual bawal AJ secara online. Yelahkan kita berhak untuk memilih dan keputusan membeli di tangan kita. 

Tetapi Cik Saa sedikit kecewa la dengan harga yang di jual di talian internet. Terlalu mahal jika dibandingkan di kedai atau booth AJ sendiri. Cik Saa faham, semua orang yang berniaga inginkan keuntungan dan tiada pun yang inginkan kerugian. Tetapi kalau harga terlalau tinggi dan melampau rasanya itu dah keterlaluan. 

Cik Saa terkejut juga ada peniaga yang menjual tudung prelove @ terpakai dan ada kesan pin atau rosak sedikit dengan harga yang cukup tinggi. Wahh... bagi mereka yang tergila-gilakan tudung AJ dan ingin memiliki design tudung yang masih belum dimiliki tu pasti akan membelinya. Itu hak masing-masing. Tapi kita yang berniaga ni selain ingin mencari keuntungan pastikan kita jujur dengan customer kita. Aktiviti jual beli tu biarlah secara berhemah. Tak gitu?

Kesempatan ini Cik Saa minta maaf la kalau ada rakan-rakan peniaga yang terasa hati dengan tulisan Cik Saa ni. Cik Saa hanya meluahkan apa yang Cik Saa rasa dan tidak terniat sedikit pun ingin melukakan atau mengguris perasaan rakan-rakan yang lain. Sekian, senyum-senyum selalu ya... LovE AJ so much!!

Salah satu koleksi Tudung Bawal AJ yang Cik Saa ada.

Saturday, 12 April 2014

JODOH PERTEMUAN DAN DOA

Alhamdulillah... kini sudah 7 bulan kami bahagia melayari kehidupan berumah tangga. Kehidupan dirasakan lebih indah dan tenang apatah Cik Saa kini sedang hamil 6 bulan.  Betul, jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Oleh itu berdoalah untuk mendapat jodoh yang lebih baik.

Jodoh adalah kehidupan dua insan yang saling mengasihi demi membina kehidupan yang diredhai. Ia juga menjadi benteng utuh untuk membina kekuatan masyarakat ummah muslim.

Menumpahkan kasih serta menyempurnakan keperluan sebagai insan dengan hidup berpasangan adalah medan yang menjadi fitrah insan. Hajat untuk berkongsi kasih serta memenuhi kehendak biologi merupakan kejadian yang diciptakan ALLAH sebagai tanda bagi mereka yang berfikir. 

Ibnu Al-Qayyim menjelaskan bahawa ALLAH menjadikan wanita sebagai sumber ketenteraman seorang lelaki. Hatinya cenderung berasa tenang ketika bersama, di mana ia diikat dengan rasa kasih sayang. 

Sabda Rasulullah S.A.W :

' Tidak pernah ditemukan sesuatu yang lebih indah pada dua orang yang saling mencintai melainkan daripada bernikah'

Ku bersyukur kerana dianugerahkan seorang suami yang memahami, penyanyang dan bertanggungjawab. Membawa ku kejalan ALLAH. Kepada Encik Hubby, terima kasih kerana menerima diri ini seadanya... Kau dihatiku selamanya...