Haaa... inilah dia.. kain felt.. Cik Saa buat key chain dengan menggunakan kain felt.. pelbagai bentuk yang Cik Saa dah cuba buat. Alhamdulillah... cantik sangat.. ini hanya sekadar satu hobi saja.. bukan Cik Saa nak jual ke apa... saja mengisi masa terluang, tidak la masa tu berlalu begitu saja.. nanti Cik Saa upload keychain yang sudah siap ya... cau cin cauuuu...
Sunday, 30 June 2013
My Hobby
Salam... dah lama tak update blog Cik Saa Comel ni... sekarang ni Cik Saa ada hobi baru... Hobi apa tu ek? Jeng jeng jenggg...... mari kita tengok...
Sunday, 12 May 2013
Teknik Bercerita bersama Mama Tok
Salam semua....
Di antara lapan bengkel tersebut, Cik Saa lebih tertarik kepada bengkel Teknik Bercerita Bersama Mama Tok. Wahh.. ternyata Mama Tok seorang yang hebat. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam bidang teater, drama dan storytelling. Pelbagai anugerah telah beliau perolehi samada dari dalam dan luar negara.
Dah lama tak update blog ni. Cik Saa baru saja balik dari Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 11-12 Mei 2013. Alhamdulillah Cik Saa selamat sampai ke Kemaman sekarang ini. Ini merupakan kali kedua Cik Saa terpilih ke seminar tersebut.
Pada tahun ini, ada sedikit kelainan berbanding tahun lepas kerana tahun ini ada di selitkan dengan bengkel pada waktu petang. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memudahkan peserta berkongsi maklumat dengan moderator yang mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Terdapat 8 slot bengkel disediakan.

Dalam bengkel tersebut, beliau mengajar beberapa teknik bercerita antaranya dengan menggunakan sehelai kertas, seutas tali dan sehelai sapu tangan. Sangat menarik dan Cik Saa belum pernah lagi melihat teknik bercerita sebegini.
Alhamdulillah, Cik Saa juga berjaya mendapatkan buku teknik bercerita Mama Tok siri 1 dan 2. Bukan mudah nak dapatkan buku sebegitu kerana buku tersebut tidak ada di kedai buku. Edisi terhad katanya.. Cik Saa harap dengan adanya buku tersebut boleh dijadikan panduan dan bahan rujukan kepada Cik Saa untuk Bengkel Bermain bersama Kanak-Kanak Nanti. Insyaallah...
Sunday, 24 March 2013
Dera OH Dera
Masuk je office hari ini, rakan-rakan sekerja saya meminta saya membaca satu berita yang terdapat di dalam akhbar Sinar Harian edisi pantai timur. Apa yang menarik ialah laporan berkenaan dengan kes penderaan yang berlaku pada seorang kanak-kanak di sebuah taska sekitar kerteh. Setelah meneliti dan membaca berita tersebut saya rasa begitu sedih.
Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku. Ibu bapa menghantar anak- anak ke taska dengan harapan anak-anak mereka mendapat pengasuhan dan perkembangan awal sebaik mungkin dan membayar yuran setiap bulan. kalau saya jadi ibu bapa kepada kanak-kanak ini juga saya akan berasa sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku.
jadi kepada pengusaha dan penyelia taska, pastikan anda melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Pastikan kakitangan @ pengasuh di taska anda telah di berikan kursus dan taklimat berkenaan dengan bidang pengasuhan dan perkembangan awal kanak-kanak sebelum di benarkan bekerja di taska. bekerja dengan nyawa bukan satu pekerjaan yang mudah. Jangan bila sudah terhantuk, baru terngadah.
Friday, 22 March 2013
9 Cara Membahagiakan Ibu Bapa ♥♥
Terdapat 9 cara untuk membahagiakan kedua ibu bapa kita. 9 cara tersebut ialah
i. Memberi nafkah kepada kedua ibu bapa
ii. Menyediakan tempat tinggal
iii. Memberi kasih sayang
iv. Memberi perhatian
v. Memenuhi permintaan
vi. Melakukan perkara yang disukai
vii.Bercakap dengan lemah lembut
viii. Menghadiahkan kejayaa
ix. Mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapa
i. Memberi nafkah kepada kedua ibu bapa
ii. Menyediakan tempat tinggal
iii. Memberi kasih sayang
iv. Memberi perhatian
v. Memenuhi permintaan
vi. Melakukan perkara yang disukai
vii.Bercakap dengan lemah lembut
viii. Menghadiahkan kejayaa
ix. Mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapa
Tuesday, 19 March 2013
Hikmah
![]() |
Gambar ni diambil pada bulan Mei 2012 dalam satu program anjuran jabatan |
Semasa saya tengah memandu pergi ke Lembaga Tabung Haji, saya sempat mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang pakar motivasi terkenal tanah air iaitu Yg. Bhg Dato Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah dalam sebuah radio hits untuk pendengar di pantai timur. Apa yang menarik perhatian saya, katanya apa yang berlaku, telah berlaku dan akan berlaku ada hikmahnya. Allah itu maha besar, berkuasa dan maha mengetahui. Biarlah orang nak mengata kita, mengeji dan mengutuk kita. Orang yang sebegini tanpa mereka sedar telah memberikan pahala kepada kita. Apabila pahala mereka sudah habis, mereka akan menanggung pula dosa orang yang di katanya... menarik bukan? Buka minda, buka hati, kenali diri..
Sunday, 10 March 2013
Mencari Ketenangan JIWA
Baca selawat 3 kali , tarik nafas dalam2 sebanyak 3 kali kemudian baca la doa ni sebanyak 3 kali....insyaallah ketenangan akan muncul segera..
Allahumma innii as’aluka nafsan muth-ma-‘innatan, yu’minu biliqaa’ika, wa tardha bi qadhaa-‘ika, wa taqna-‘u bi’athaa’ika.
Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu jiwa yang tenang, beriman bertemu dengan-Mu, ridha terhadap segala ketentuan-Mu dan menerima sepenuhnya pemberian-Mu
Allahumma innii as’aluka nafsan muth-ma-‘innatan, yu’minu biliqaa’ika, wa tardha bi qadhaa-‘ika, wa taqna-‘u bi’athaa’ika.
Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu jiwa yang tenang, beriman bertemu dengan-Mu, ridha terhadap segala ketentuan-Mu dan menerima sepenuhnya pemberian-Mu
Thursday, 7 March 2013
Lawatan OH Lawatan
26 hingga 28 Februari yang lepas, aku dan rakan-rakan sekerja ada pergi melawat beberapa buah taska dan tadika di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Alhamdulillah, lawatan berjalan dengan jayanya. Banyak perkara baru yang di pelajari srpanjang lawatan tersebut. Diantaranya aktiviti, sudut- sudut pembelajaran dan susun atur peralatan luar dan dalam taska. Di bawah terdapat beberapa gambar sekitar lawatan baru-baru ini.
![]() |
Brainy Bunch Islamic Montessori |
![]() |
Pusat Anak Permata Negara, Putrajaya |
![]() |
Taska Sejahtera, Seri Wilayah Putrajaya |
![]() |
KidZania |
AKU & TASKA
ASSALAMUALAIKUM...SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA...
AKU DAN TASKA? Urmmmm.... aku tahu, ramai diantara kita yang sukakan kanak-kanak. Aku juga begitu.
Aku mula mengenali apa itu taska apabila terbaca satu iklan jawatan kosong guru taska di sebuah jabatan kerajaan. Ketika itu, aku baru sahaja menamatkan pengajianku di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Komunikasi. Aku tidak pernah mempunyai pengalaman kerja. Hal ini membuatkan aku takut untuk mencuba dan dalam masa yang sama juga aku tidak mahu menjadi seorang penganggur terhormat di dalam rumahku sendiri.
Bila difikir-fikir, tidak salah sekiranya aku mencuba.. Rezeki di tangan Tuhan. Kalau kita tidak berusaha, ia tidak akan datang bergolek. Alhamdulillah, setelah menghantar resume, aku dipanggil untuk ditemuduga. Itulah pengalaman pertama aku ditemuduga. Debarannya ketika itu, tuhan saja yang tahu.
Selepas sebulan temuduga, aku akhirnya di panggil untuk bekerja. Walaupun gajinya tidak la selumayan pekerjaan yang lain namun aku bersyukur. Semakin hari, aku suka dan gembira dengan pekerjaan aku itu, penat dan lelah terasa hilang bila tengok kanak-kanak di hadapan mata apatah lagi dipeluk cium oleh mereka.
Kini, sudah 7 tahun aku bertugas di Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak. Walaupun pada awalnya aku hanyalah seorang guru taska, tapi kini aku bersyukur kerana aku telah dianugerahkan oleh ALLAH rezeki yang lebih baik.
Jadi, nasihat saya kepada adik-adik, usahlah terlalu memilih kerja. Rezeki ALLAH itu sangat luas. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...
Wednesday, 6 March 2013
SAHABAT
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka.
Jika itu aku dapatkan. Aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.
Semakin ramai aku peroleh sahabat. Aku semakin percaya diri.
Subscribe to:
Posts (Atom)